Wallpaper Dinding Dapur Saya

Wallpaper Dinding Dapur Saya

Friday, 20 June 2014

Almond Cluster

Yeehaaaa!!! Akhirnya, saya berjaya membuat Almond Cluster ni malam tadi.. Punya dah lama nak buat, asyik postpone aje. Resepi asal saya rujuk di sini tapi saya bega sedikit kuantiti dan bahan²nya.

Inilah rupa homemade coklat saya. Sungguh sedap, tahu??? Haha..
Baru dikeluarkan dari peti sejuk
Hai..coklat saya yang berada di tengah² tu sungguh pandai control ayu untuk berfoto shoot!
Ada lebih kurang 77 biji kesemunya...hah! Puaslah saya makan ni...hehe
Ok...senang² saya nak try buat yang lain pulak.. Sungguh seronok!

Mari semak resepi dia...

Bahan²nya

 300gm almond strip
♠ 200 gm dark chocolate (dah tentu saya guna Beryl's)
♠ 1 sudu kecil peanut butter
♠ 1 sudu besar mentega
♠ Sedikit coklat urai untuk hiasan
♠ Paper cup

Cara² Membuatnya

Sila ambil kuali ajaib anda..(tak ada? gunalah kuali biasa saja). Kemudian, sangai almond strip tu sehingga keperangan. Nak bakar dalam oven pun boleh.. Siap, ketepikan (buh dalam bekas kedap udara, ok?).

Coklat tadi dihiris dan masakkannya dengan menggunakan teknik double boiler. Bila coklat dah cair, masukkan mentega dan peanut butter. Kacau sebati dan masukkan kesemua almond strips tadi.

Seterusnya, masukkan adunan tersebut ke dalam paper cup, hias dengan manik gula dan simpan dalam peti sejuk untuk 10 minit lamanya. Bila coklat dah keras, apa lagi? Sila buka mulut anda dan nikmatilah dengan seadanya.....................

No comments:

Post a Comment