Wallpaper Dinding Dapur Saya

Wallpaper Dinding Dapur Saya

Monday, 16 June 2014

Murtabak Maggie Sytle YuYun

Malam tadi, saya memasak ini kerana malas makan nasi. Bukak kabinet ada maggie! Bukak peti ais ambik saja bahan apa yang ada. Yang tidak ada ttidak payahlah nak cari di malam² hari begini.

Sila jamu mata anda di sini dengan kamera dan lens saya yang sudah berkulat...
Macam telur dadar daaaaaa....

Saya masak ini try and error sahaja. Tapi boleh tahan juga rasanya. Tidaklah sedap sangat dan tidaklah tak sedap lansung! Maka, bagaimanakah itu? Haha...

Mari tengok bahan² yang saya gunakan: (saya agak resepi ini cukup untuk 5/6 orang makan)

Bahan²nya

♠ 3 ketul daging ayam~potong dadu
♠ 3 mee maggie~goodbye kepada perencah maggie. Saya buang masuk tong sampah
♠ 5 biji telor ayam
♠ 1 labu bawang besar~dihiris
♠ 6 biji fishball~dihiris bulat kepada 4 bahagian
♠ Segenggam mix vegetables (jagung/kacang peas/carrot)
♠ Setangkai cili besar merah~dihiris
♠ Setangkai cili besar hijau~dihiris
♠ Sedikit daun sup~dihiris
   (kalau ada cendawan butang kan sedap, ye tak?)
♠ Serbuk kunyit
♠ Serbuk halia
♠ Serbuk kayu manis
♠ Serbuk lada sulah
♠ Garam dan gula secukup rasa

Cara² Membuatnya


Ok. Mula² kita kerjakan ayam dahulu. 3 ketul ayam (dagingnya sahaja) dipotong dadu dan sila gaul dengan garam, kunyit, serbuk halia, serbuk kayu manis dan sebuk lada sulah. Saya main agak² sahaja banyaknya. Perap sebentar. Sementara itu, celurkan maggie mee tadi di dalam periuk yang sudah mendidih airnya. Selepas itu, toskan lalu siram semula maggie mee tadi dengan air yang bersih. Toskan balik, ketepikan.

Kemudian goreng ayam yang telah diperap tadi di dalam kuali ajaib. En suami belikan saya kuali ajaib brand HappyCall. Saya suka menggunakan pan ini sebab penggunaan minyaknya yang sedikit dan sudah tentu ianya tidak melekat! Ok. Goreng ayam sehingga kekuningan ye. Sementara itu, sila pecahkan telor dan pukul dengan garfu..masukkan garam, gula, bawang, cili, fishball dan mix vegetables ke dalam telor yang telah dipukul tadi.

Bila ayam telah kekuningan, masukkan terus maggie mee tadi dan gaul sehingga rata. Kemudian masukkan telor dan bahan² yang telah dicampurkan bersama tadi. Taburkan daun sup. Sila tutup kuali ajaib anda. Agak² bahagian bawahnya sudah masak, balikkan kuali anda ke bahagian atas pula.. Mudahkan? tak payah nak terbalikkan lagi murtabak anda dengan sudip, gerenti pecah!

Bila masak, hidangkan murtabak maggie anda dengan salad dressing seperti mayonis, thousand island dan cili sos.. sedappppppp...Rasanya ringan sahaja, tidak menggunakan serbuk perasa ataupun sos tiram.




No comments:

Post a Comment