Rupa Kangkung Goreng Tempe Saya |
Ok. Ni resepi kangkung goreng tempe yang mudah. Lagi² sakit tekak, tak perlu guna cili lansung! Huhuuu..
Bahan²nya
♠ Seikat Kangkung
♠ Sepeket tempe (saya suka tempe, bila digoreng terasa lemak sungguh!)
♠ 2 ulas bawang merah~hiris
♠ Seulas bawang putih~hiris
♠ Segenggam ikan bilis
♠ Sedikit Sos Tiram
♠ Garam dan Gula secukup rasa
Cara² Membuatnya
Tempe hendaklah dipotong². Selepas itu gaulkannya dengan kunyit dan sedikit garam. Ok, sekarang panaskan minyak untuk menggoreng tempe tersebut. Goreng sampai kekuningan, lalu ketepikan ia (sila gunakan minyak yang baik² sahaja untuk menumis seperti minyak zaitun ataupun minyak bunga matahari/canola. Tidak mengapa mahal sedikit, ianya untuk kesihatan, faham?)
Seterusnya tumiskan pula bawang merah, bawang putih dan ikan bilis sehingga naik bau. Bubuh sedikit sos tiram. Kemudian jatuhkan batang kangkung, taburkan garam dan gula secukup rasa.. Apabila batang kangkung tersebut telah separuh masak, jatuhkan pula daun kangkungnya. Daun kangkung tak perlu dimasak lama. Akhir sekali, satukan semula tempe yang telah digoreng awal tadi. Siap! Ahaks!
P/s : Ajinomoto dilarang sama sekali, ia tidak baik untuk kesihatan fahamm???
No comments:
Post a Comment