Wallpaper Dinding Dapur Saya

Wallpaper Dinding Dapur Saya

Monday 9 June 2014

Kek Batik Biskut Marie Style YuYun

Sekali makan nak lagi!!!!

Saya suka Kek Batik ni... Penyediaannya amat mudah.. Resepi asal saya peroleh di sini. Tapi saya ubah sedikit resepinya juga cara penyediaannya...

Bahan²nya

♠ Biskut Marie Secukupnya ~ setiap keping biskut itu, sila patah²kan kepada empat
♠ Mentega ~150gm
♠ Telor ~ 4 biji
♠ Milo ~ 1 cawan
♠ Serbuk Koko ~ 6 Sudu
♠ Nestum ~ 1/2 cawan
♠ Susu pekat  ~ 1/2 tin
♠ Secubit Garam
♠ Perisa Oren Star Brand ~ 1 sudu kecil

Saya tidak menggunakan air, ok.

Cara² Membuatnya

Sila masukkan mentega, telor, milo dan serbuk koko ke dalam loyang. Didihkan air dengan menggunakan periuk kukus bertingkat (tenik double boiler). Setelah air mendidih, sila matikan api. Kalau takmau matikan api pun boleh, tapi sila kecilkan apinya sangat².

Seterusnya, letakkan loyang yang berisi bahan² tadi ke dalam periuk kukus bertingkat tersebut, kacau sehingga bahan² tadi mencair dan sebati. Seterusnya masukkan susu pekat, garam dan perisa oren serta teruskan aktiviti mengacau itu. Akhir sekali, masukkan biskut marie dan nestum, gaul²kan ia sehingga sempurna.

Sila angkat keluar loyang tersebut dari dalam periuk kukus tadi dan terus tekan²kan biskut marie itu sehingga padat (nak bubuh dalam bekas lain pun boleh). Oiitttt...jangan lupa tutup api bagi yang tidak menutupnya awal² tadi. Setelah padat, biarkan ia sejuk sebentar sebelum kita wrap loyang itu dengan clear plastik dan alihkan ia ke dalam peti sejuk pula.

Bila boleh kita makan tu? Agak²lah...dah sejuk dan keras bolehlah dipotong² :)


No comments:

Post a Comment