Wallpaper Dinding Dapur Saya

Wallpaper Dinding Dapur Saya

Monday, 9 June 2014

Puding Mangga Segera Style YuYun

Silalah rasa puding di atas...nyummm...heheee...
Serbuk Puding Mangga ini sila dapatkan di pasaraya berdekatan ye... saya guna brand First Choice. Ada banyak perisa di pasaran, tapi saya lebih suka perisa Honey Dew :)

Bahan²nya

 4 kotak serbuk puding perisa mangga brand First Choice

 1600ml air ~ untuk 1 kotak, hanya 400ml air diperlukan..hisk..1 kotak mana cukup????
♠ Nata de coco ataupun buah²an dalam tin

Cara² Membuatnya

Masukkan serbuk puding ke dalam periuk, Tambahkan air mengikut sukatan yang diberi. Hidupkan api dan kacau sehingga mendidih. Api hendaklah sederhana besar... Apabila sudah mendidih, tuangkan puding tadi ke dalam acuan, serta masukkan nata de coco ataupun buah²an dalam tin secukupnya.

Mudahkan???Biarkan ia sejuk di luar sebentar. Setelah itu barulah dimasukkan ke dalam peti sejuk.

No comments:

Post a Comment