Hitam² Si Jantung Hati, Walaupun Hitam, Memikat Hati..Wallaaahhhh.. |
Tadaaa....Inilah dia KEK JANTUNG yang saya bersekang mata buat malam tadi. Kuali besi dah berbulan-bulan beli dengan encik suami. Baru semalam dapat membuatnya. Dapatlah 5 biji kek untuk 1 adunan. Huh, jangan terkejut ye! Memang begini rupanya.. Hitam kerak kerana masak menggunakan kuali. Kerak hitamnya sedap, tau!
Terima kasih ye mak, kerana sudi mengajar membuat kek jantung ini. Mak selalu membuat kek ni masa Hari Raya (time saya kecik² dulu lah). Kek tradisional ni memang jarang orang nak buat zaman sekarang ni. Malah, ada yang tidak mengetahui lansung akan kewujudannya!.
Nak buat kek jantung mula² kena pukul putih telur macam ni. Pukul sampai ia jadi ringan seperti buih sabun. Letihnya pasal saya takde mixer, terpaksa pukul guna tangan..huhu
Lepas tu masukkan pula kuning telur. Satu per satu ye.. Pukul lagi..yeaahhh!!!
Ok.. Ambik bekas yang lain pulak. Pukul mentega sampai berubah warnanya.. Ini emak yang tolong pukulkan pulak...heeeee. Terima kasih mak! Lepas kembang, masukkan gula, baking powder, sedikit susu pekat dan esen vanilla. Kacau sebati dan masukkan adunan ini ke dalam bekas telor tadi. Seterusnya masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau lagi..
Sediakan kuali, pasang api dapur dengan kadar yang amat perlahan, sapukan kuali dengan sedikit minyak dan letaklah adunan tadi sedikit demi sedikit. Dari titik sebesar duit syiling sepuluh sen sampailah besar macam dalam pinggan tu.. Ada berani? Memang letih nak membuatnya, berjam-jam duduk di dapur sampai tertidur-tidur jadinya...
Mari kita belah kek yang dah siap.. Lihat! Rupa coil macam quilling jugak! Hehe..
Sila beratur untuk ambil gambar bersama
Kerat dua lagi dan boleh disimpan di dalam bekas. Sangat sedap!
P/s : Lihat jam di dinding. Start pukul 9.10 malam. Godek..godek... selesai hampir pukul 2 pagi!!! Owwhh!!! Macam ini gaya, setahun sekali gamaknya baru saya buat!
No comments:
Post a Comment