Wallpaper Dinding Dapur Saya

Wallpaper Dinding Dapur Saya

Wednesday, 2 July 2014

Goreng Tongkeng Ayam Style YuYun

Salam Ramadhan.. Hari ini masuk hari ke-4.

Saya nak kongsi resepi ini. Saya tak tau nak kasi nama apa untuk masakan saya ni. Mereka-reka di dapur maka terhasillah ia. Saya suka akan Tongkeng Ayam Berlada (tumis bercili). Oleh kerana masalah kesihatan, saya berpuasa buat sementara waktu dari makan benda yang pedas². Huh! Amat menyakitkan tau! Makan itu tak boleh, ini tak boleh. Baru² ni saya kena gout! Tak terlintas lansung kat kepala ni saya akan kena penyakit tu. Mungkin uric asid dalam badan saya terlalu banyak? Lagilah kena banyak pantang makan. Bertambah-tambahlah tension saya..huuuuuu

Orang cakap penyakit datang daripada pemakanan. Memang tidak dapat dinafikan. Tongkeng ayam ni kalau nak diikutkan banyak lemak tau? Errkk...tapi makan sekali-sekala takpa kot kan? haha...saya memang payah nak berpantang! Pantang jumpa!!!

Ok.. jangan buang masa lagi. Jom semak resepi goreng tongkeng ayam ciptaan saya... 

Bahan²nya

 2 paket tongkeng ayam (sila rendam dengan tepung gandum sebelum dicuci bersih²)
 Serbuk kunyit dan garam untuk menggoreng
 2 ulas bawang putih (dihiris)
 3 ulas bawang merah (dihiris)
 1 biji bawang besar (dihiris)
 1 biji cili merah (dihiris)
 1 biji cili hijau (dihiris)
 Sedikit  halia (dimayang halus)
 5 biji buah pelaga
 2 batang serai (dititik)
 3 helai daun limau purut
 1 keping asam gelugor
 1 sudu besar rempah beriyani
 Sedikit madu
 Garam secukup rasa


Cara² Membuatnya

Tongkeng ayam yang telah dibersihkan tadi ditos lalu digaulkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Goreng sampai masak. Ketepikan. 

Seterusnya, tumis hirisian bawang putih, bawang merah, cili merah & hijau, halia, buah pelaga, serai dan daun limau purut sehingga naik bau. Kemudian, masukkan rempah beriyani, hirisan bawang besar, asam gelugor (asam keping), madu dan perasakan dengan garam. Akhir sekali, masukkan balik tongkeng ayam yang telah digoreng awal tadi. Gaul mesra, angkat dan hidangkan.

P/s : Papa cakap sedap, tapi saya rasa biasa saja~mungkin saya lebih terliur dengan masakan yang pedas!

No comments:

Post a Comment