Sudah sebulan lebih bulan Syawal meninggalkan kita semua. Kini, barulah saya berkesempatan nak postkan gambar biskut² raya yang telah saya buat. Dah lama saya tak buat biskut raya sendiri..tahun² sudah main tempah saja. Semangat nak buat biskut raya lain macam je bila dah ada oven baru! Heeeee..
Resepi biskut² ni kebanyakannya saya rujuk dalam majalah masakan emak saya.. Kira menjadi jugaklah kesemua biskut² ni...
Jom tengok gambar² biskut tu..
Ini namanya biskut Cornflakes Crunchy Munchy. Resepi ini saya google daripada internet
Biskut Kepala Kelapa Permata. Rujuk daripada buku masakan emak. Saya suka biskut ni.
Okey..Ini merupakan biskut yang paling sedap bagi saya. Black Crispy nama diberi. Tahun depan wajib buat lagi ni!!!
Dalam banyak² biskut raya yang saya buat, ini merupakan biskut yang paling saya tidak minat!!! Ahaaa..tapi mak sukakannya, sebab ada rasa kopi. Nama biskut ni Biskut Kopi Badasila.
Biskut Cornflakes Klasik. Saya ambil resepinya daripada klip video Florence Tan di sini
Biskut Mazola. Biskut tradisi yang paling saya minat sejak dari kecik. Siapa tak suka, memang dia melayu murtad! Haha... Papa juga sukakan biskut ni. Resepinya saya google di internet. Guna sukatan cawan je, macam sukatan yang arwah opah pernah buat dulu².
Haaaa....akhirnya dapat juga saya mencari resepi Biskut Lubnan ni, juga dari dalam buku masakan emak saya :) Memang best!!!
Saya telah mencatat rekod, buat biskut raya sampai 7 jenis...hahaaaa.... Sepanjang tempoh membuat kuih raya ni, saya dapat kesimpulan iaitu :
1) Ada² resepi yang kita tiru 100% jadi, ada juga yang tidak!
2) Kena pandai2 sendiri adun-mana terkurang kita tambah, mana rasa terlebih dikurangkan
3) Kena pandai bermain dengan suhu oven sendiri. Bila ikut betul suhu yang diberi, hangit jadinya!!!
4) Untuk kekalkan kerangupan biskut (agar tak cepat lemau) sila taburkan sedikit gula pasir ke dalam balang sebelum kita susun biskut² tu tadi-petua ni saya dapatkan di sini
No comments:
Post a Comment