Wallpaper Dinding Dapur Saya

Wallpaper Dinding Dapur Saya

Friday, 10 October 2014

Sambal Ikan Bilis Tempoyak Style Makcik Saya


Saya memang terliur sungguh dengan sambal ikan bilis tempoyak ni. Resepi asal saya peroleh daripada makcik saya  sendiri. Makan satu lauk ni je dengan nasi putih panas² dah cukup! Kalau ada ikan goreng lagi cantikkk!!!!


Mari saya kongsikan resepi sambal ikan bilis tempoyak di atas.

Bahan²nya

♠ 100 gram ikan bilis (sila pipir ikan bilis-buang taik (perut) dan kepalanya)
♠ 1/2 genggam cili padi 
♠ 3 @ 4 ulas bawang merah 
♠ 2 batang serai (dititik) 
♠ 1 helai daun kunyit (simpulkan) 
♠ Sedikit kunyit hidup (untuk naikkan warna, agar sambal kita tak macam muntah kucing
   rupanya..hehe) 
♠ 2 @ 3 senduk tempoyak (lagi banyak lagi bagus-agak²lah ok?) 
♠ 2 papan petai (sebiji petai dibelah 3, sekali dengan kulitnya) 
♠ Garam dan gula secukup rasa 
♠ Air

Cara² Membuatnya


Tumbuk bawang merah, kunyit hidup dan cili padi bersama. Masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi ke dalam periuk. Masukkan juga serai, daun kunyit, tempoyak dan ikan bilis bersama-sama. Air jangan lupa. Agak² ye..jangan terlalu sedikit dan jangan pulak terlalu banyak.  Seterusnya sila jerangkan periuk tadi atas api di dapur yang sederhana besarnya. Kacau²kan ia, kemudian masukkan petai. Masak sehingga mendidih (lama sikit pun takpe). Akhir sekali, jatuhkan garam dan gula (secukup rasa).


No comments:

Post a Comment