Wallpaper Dinding Dapur Saya

Wallpaper Dinding Dapur Saya

Wednesday 25 March 2015

Sup Ayam..Nyummm..Nyummmm

Itu hari, saya teringin masak sup ayam sendiri tanpa menggunakan serbuk sup ataupun sup bunjut. Cari punya cari, terjumpa resepinya di sini. Terima kasih kepada penyumbang resepi ini. Tapi seperti biasa, ketika mencuba resepi ini, saya suka mengolah  mengikut gaya saya sendiri :). Tambah apa saja yang saya rasa nak tambah. Jom tengok cara² penyediaan sup ayam saya tu...

Bahan²nya :

▼ 1 ekor ayam (dipotong 12 ataupun potonglah berapa-berapa pun)
 1 batang kayu manis
 5 biji buah pelaga  
▼ 3 biji bunga lawang
 3 tangkai bunga cengkih
 2 helai daun bay
 2 batang serai (dititik)
 3@4 biji cili padi (belah jangan putus)

 7 ulas bawang merah
 3 ulas bawang putih
 3 biji buah keras
 Sedikit halia (saya tidak pandai kira inci-inci nih, main agak² je)
 1 sudu kecil jintan manis
 1 sudu kecil jintan putih
 1 sudu kecil lada hitam
 1 sudu kecil biji ketumbar

 4 biji kentang (dibelah 6)
 2 biji buah tomato (dibelah 4)
 Asam keping
 Minyak untuk menumis
 Air
 Gula dan garam secukup rasa

Cara² Membuatnya :

Sila kisar bawang merah, bawang putih, halia dan buah keras. Jintan manis, jintan putih, lada hitam dan ketumbar ditumbuk dengan lesung batu. Sebelum tu sila rendam bahan² tersebut dengan air panas seketika. Tujuannya supaya lembut masa nak tumbuk nanti.

Ok. Sekarang boleh panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan² seperti kayu manis, pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih. Lepas tu masukkan serai. Kacau-kacau dan masukkan pula bahan² kisar tadi. Tumis hingga naik bau...

Setelah itu, masukkan ayam dan gaullah sehingga rata. Agak² dah rata, masukkan pula air. Air tu agak²lah..kot kira tenggelam ayam tu, oklah. Masukkan kentang. Seterusnya masukkan daun bay dan asam keping.

Bila hampir menggelegak, masukkan pula cili padi. Taburkan gula dan garam secukup rasa. Bila kentang sudah empuk, jatuhkan buah tomato.. masak sekejap dan bolehlah ditutup api dapur tu.

Hidangkan sup ayam tu dengan menaburkan daun sup dan bawang goreng di atasnya...Wajib! Kalau ada daun bawang pun boleh ditaburkan juga. Hahaha..Inilah sup ayam nyumm nyummm saya...

Masa snap gambar ni, lupa pulak nak bubuh bawang goreng...huuuu


No comments:

Post a Comment