Wallpaper Dinding Dapur Saya

Wallpaper Dinding Dapur Saya

Tuesday, 17 January 2017

Grilled Salmon

Entri ni dah lama bersawang dalam draft. Nak menulis dalam blog pun perlukan mood juga!

Jangan ketawakan aku coz ni first time aku masak dan makan ikan salmon! Nak beli ikan salmon maklum sajalah sebab harganya mahal daripada ikan² yang biasa mak ataupun aku beli. Maklumlah kami ni makan ikan kecik² je..kembung, sardin, tongkol, cencaru, kerisi, pelaling, selar... Sekarang ni ikan kecik² pun dah mahal harganya sekilo!

Yang aku beli ni tak tahulah Salmon gred apa.. gred biasa² je kot! Beli pun kat GIANT Taman Permata je...takpe lah, nak rasa je kan.. tu pun fikir dua tiga kali, NAK BELI KE TAK? NAK BELI KE TAK??? Haaa....

Try masak Salmon...seperti biasa aku google dan aku akan bega ataupun ubah sedikit resepinya.






Bahan²nya:

○ 4 keping ikan salmon
○ 4 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
○ Serbuk lada putih (aku punya siap disangai dan diblend kering)
○ Serbuk halia
○ Daun basil kering (dried basil)
○ Garam bukit
○ Beberapa hirisan lemon
○ Mentega

Cara²nya

Perap ikan dengan bawang putih, serbuk lada putih, serbuk halia, daun basil kering (agak² je lah masa taburkan tu), dan juga garam lebihkurang 30 minit ke 1 jam.

Gunakan kuali non-stick untuk bakar ikan tersebut dengan memanaskan sedikit mentega. Masak sehingga kekuningan..angkat dan perahkan dengan jus lemon..jangan banyak² pulak, masam pulak kang! kalau dalam TV tu aku tengok diaorang masak sekejap je..masih merah² lagi isinya..tak lalulah pulak!

Ok..hidangkan lah dengan sos cili atau sos untuk salmon rekaan korang.. aku tak sempat nak buat sos dia lagi.. makan macam tu je then aku buat coleslow sikit guna kubis ungu dan carrot...


(Ikan salmon ni kaya dengan Omega-3.. Kalau kita pegang ikan ni masa nak bersihkan dia, mesti terasa minyak dia melekit-lekit kat tangan).. ia juga mempunyai bau dan rasa yang tersendiri dan bukan semua orang sukakannya..)

Boleh baca Kebaikan Ikan Salmon DI SINI


Friday, 25 November 2016

Jus Buah Naga

Hai..selamat petang!

Kat luar tu mendung je... sambil tunggu time nak balik dari kerja kejap lagi, teringin pulak mengupdate blog masakan saya yang tak seberapa ni.

Hari ni saya nak abadikan resipi jus naga yang biasa saya buat di sini.

Ada 2 versi, iaitu versi Jus Naga yang sehat tanpa gula dan versi Jus Naga menggunakan sirap..

1) Jus Buah Naga (Tanpa Gula)

Bahan²nya :
  • 1 biji buah naga
  • 1 biji epal merah
  • 5 ke 6 helai daun Stevia (atau lebih...ikutlah nak manis macamana)
  • Air secukupnya (buatlah dalam 1 setengah mug tu)
Cara²nya :

Blend sebati ke semua bahan di atas dan anda akan dapat menikmati jus naga yang agak pekat! Pemanis adalah daripada daun stevia itu sendiri, so tak perlu bubuh gula...


2) Jus Buah Naga (Dengan Sirap)

Bahan²nya :
  • 1 biji buah naga
  • 1 biji buah oren/grapefruit
  • 5 sudu besar gula perang organik
  • Kordial sirap secukupnya (tuang agak² je)
  • Air 1 mug
Cara²nya :

Blend sebati ke semua bahan di atas. Tuang ke dalam jug dan tambahkan lagi air (ikutlah nak banyak mana...sampai penuh satu jug tu ke...) Suai rasakan manisnya..kalau kurang manis boleh tambahkan lagi gula perang organik ataupun sirap.


Friday, 4 November 2016

Masker untuk kulit muka yang kering...



Ok... pernah buat masker muka sendiri tak? Seronok sebenarnya buat masker sendiri di rumah.. Tak habis, boleh simpan dalam peti ais. Tapi dinasihatkan jangan buat banyak² ye! Buat untuk 2, 3 kali pakai je.. Lepas habis, boleh buat yang lain pula

Di sini saya nak kongsikan satu resepi masker untuk kulit muka yang kering.

Bahan²nya adalah seperti berikut:

  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1 sudu kecil vegetable mayonis-nak ganti dgn plain yougurt pun boleh
  • 1 sudu kecil perahan lemon segar
  • 1 sudu kecil minyak zaitun (extra virgin olive oil)
  • 1 sudu kecil madu
  • 1 biji strawberry masak (dilenyek²)
Cara²nya

Satukan bahan² di atas, gaul sebati dan siap! Sapu di sekitar muka (kecuali bahagian mata) dan juga di bahagian tengkuk serta leher. Biarkan selama 20-30 minit dan bilas dengan air sejuk.

Boleh dilakukan 1-2 kali seminggu. :-)





Wednesday, 19 October 2016

Kari Ayam Langkumi Challihi


Ya Allah! Lama betul aku tak menulis dalam blog ni...who's care? Bukannya ada follower pun kan? Buat blog untuk syok sendiri je..camnilah jadinya...hihihi.

Syawal hari tu tengah kemas-kemas apa yang patut, terjumpalah resipi arwah apak yang aku salin sendiri atas sekeping kertas masa tu..

MASAK KARI AYAM "LANGKUMI CHALLIHI"

Aku pun tak tahu macamana arwak apak boleh reka nama kari dia tu..hihi..dan aku tak catit pun tahun bila aku salin resepi ni.. Harap2 dengan pengabadian resepi ni kat sini, takkan hilanglah..simpan dalam buku dikhuatiri hilang ke nanti, dimakan dek anai2 ke nanti..manalah tahu kan? Dalam blog pun risau juga kot corrupt ke nanti..Pernah terjadi kesah yang mana aku tak boleh buka blog aku ni. Last2 aku buat report, hantar emel kepada team blogger tu then bila diaorang sahkan aku pemiliknya, Alhamdulillah..dapat buka balik! Cemas gak aku masa tu!


Ok..jom kita tengok bahan2 untuk memasak kari ayam ni..


Bahan²nya :- 

  • 2 senduk besar serbuk kari ayam (aku buat 1 senduk besar-mumbung)
  • 1 paket kecil rempah kurma
  • 1 tangkai daun kari (yang ni aku tambah. tak taulah kenapa arwah apak tak letak daun kari..mungkin masa tu daun kari tak ada?)
  • 5 biji buah pelaga (yang ni aku tambah jugak)
  • 3 biji bunga lawang (aku tambah jugak)
  • 3 biji kentang (dibelah 4)
  • 1/2 biji bawang besar (aku bubuh 1 biji-dibelah 4)
  • 5 biji cili besar hijau
  • 6 biji cili padi (kalau nak kurangkan pun no problem)
  • 1 inci halia (anggaran sebesar ibu jari)
  • Lengkuas (anggaran sebesar ibu jari kaki..haaa..amek kau! kita guna jari kaki pulak!)
  • Kayu manis 2 inci
  • Sedikit halba (jangan banyak2 pulak)
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 ekor ayam
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cawan santan daripada sebiji kelapa (aku guna santan kotak kecil tu)
  • Garam bukit dan gula secukup rasa (nak lagi enak, gunalah gula melaka..nak lebih sehat, gunalah gula perang organik. Garam pulak saya guna garam bukit pink Himalaya tu ye..bukan yang kasar² untuk rendam kaki tu! hehe)

Cara² Membuatnya :- 

Blender cili besar hijau, cili padi, lengkuas, halia, bawang merah dan bawang putih bersama-sama. Gaul rempah kari dan rempah kurma dengan sedikit air (jadikan paste) dan ketepikan.
Tumis dengan cepat buah pelaga, kayu manis dan bunga lawang. Masukkan bahan blender tadi, daun kari dan juga halba, tumis sehingga naik bau. Seterusnya masukkan rempah yang telah dijadikan paste tadi. Tumis lama sedikit (pecah minyak), sekiranya kering bubuh sedikit air. Seterusnya masukkan kentang dan biarkan sebentar. Sekiranya kering, bolehlah tambahkan air lagi.
Masukkan pula bawang besar  tadi, gaul2kan. Seterusnya masukkan pula ayam dan gaul2kan lagi. Tuangkan santan dan masukkan asam keping/gelugor tadi. Macam biasa, sila tambahkan air sekiranya kuah macam dah kurang. Masak sehingga kentang empuk. Tutup api dan bolehlah perasakan dengan garam dan gula...

SIAPPPP!!!!

Tuesday, 19 January 2016

Produk Kesihatan Alami Yang Jangan Anda Lepaskan!!!



Wednesday, 29 April 2015

Khasiat Teh Bunga Kekwa

Teh Bunga Kekwa ataupun Teh Chrysanthemum mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri. Saya meminumnya untuk menyejukkan badan. Biasanya saya akan mencampurkan gula batu ketika membancuh teh bunga ini.



10 kebaikan Teh Bunga Kekwa:
(Sumber dari : bewellbuzz.com)

1) Mempunyai vitamin C, serta bersifat anti-virus yang dapat mengurangkan sakit kepala.

2) Bebas daripada kafein. Ini bermakna ia bebas daripada segala kesan sampingan kafein seperti keresahan, ketegangan, kerengsaan, ketakutan dan kekeliruan.

3) Sebagai agen penyejuk badan semulajadi-dapat menurunkan suhu badan ketika demam atau strok haba. Ia juga membantu dalam merawat jerawat, ketidakselesaan suhu tinggi seperti sakit kepala, sakit gigi (yang sedikit) serta gusi berdenyut.

4) Baik untuk detoksifikasi (proses pembuangan racun daripada tubuh badan) hati dan baik untuk merendahkan tahap kolesterol.

5) Meransang deria, meremajakan otak serta menenangkan saraf.

6) Mengurangkan rasa pening.

7) Membantu dalam mengurangkan sakit tekak, merah dan gatal pada mata, kekeringan di mata dan mengurangkan gelap di sekitar bahagian mata.

8) Menguatkan paru-paru.

9) Membantu meringankan penghadaman terutamanya ketika diambil dengan makanan berat dan berminyak.

10)Teh ini membantu dalam rawatan penyakit arteri koronari, arteri tersumbat dan juga vena varikos (urat simpul).


 ** Kebiasaanya, apabila berubat dengan tabib cina, mereka akan melarang pesakit yang mempunyai masalah dengan jantung daripada mengambil sebarang teh...hari tu mak saya teringin meminum teh bunga ini. Sedikit pun jadilah katanya. Lepas je minum, habis berpeluh satu badan...badan rasa lemah, sejuk, mengantuk dan apabila saya memeriksa tekanan darah, ia agak tinggi! **

Wednesday, 25 March 2015

Ikan Nyonyok Masak Lemak Cili Padi

Ikan Nyonyok ke...ikan nyok-nyok?? Apa² pun lah namanya, asalkan ada bunyi "nyok" di situ...heee. Merupakan salah satu kategori ikan yang mahal harganya. Kalau kat Ukay Perdana ni, sekilo RM20 harganya. Ikan ni memang sedap digoreng. Tapi minggu lepas, ikan ni saya buat masak lemak cili padi je. Saya belajar resepi ni daripada mak saya...


Bahan²nya :

▼ 2 ekor ikan nyonyok (sederhana besar-dikerat)
 5@7 biji bawang merah
 Santan kotak (saya guna santan kotak kecil Cap Ayam takde kolestrol)  
▼ Kunyit hidup (pandai² lah agak besar mana..)
 15 biji cili padi (saya guna cili padi hijau yang kontot² tu-kurang pedas sikit)
 1 helai daun kunyit
▼ Asam keping
▼ 2 biji tomato (belah 4)
▼ 2-3 biji cili besar hijau (dibelah dua jangan putus)
 Air
 Gula dan garam secukup rasa

Cara² Membuatnya :


Tumbuk cili padi, bawang merah dan kunyit hidup bersama. Bila sudah lumat, masukkan ke dalam periuk. Tuangkan santan kotak. Masukkan air (sukatan air bersamaan 1 @ 1 setengah kotak santan tadi). Jangan lupa terus masukkan daun kunyit tadi. Sekarang, boleh jerang atas api. Sentiasa 'timba' dan kacau kuah tersebut agar tidak pecah minyak.

Bila hampir menggelegak, masukkan ikan nyonyok. Masukkan juga asam keping. Agak²lah asam keping tu...1 keping? kot kurang masam buh 2 keping? Ikutlah tekak anda. (Ni kalau ada belimbing buluh lagi sedap nih) Kot ada belimbing buluh tak perlu guna asam keping. Nanti masam sangat lah pulak..heheee 

Seterusnya masukkan garam dan gula secukup rasa.. Still kacau² walaupun sudah menggelegak kuahnya. Last sekali masukkan cili hijau dan tomato...kacau² sekejap terus tutupkan api. Siap!!!

Sup Ayam..Nyummm..Nyummmm

Itu hari, saya teringin masak sup ayam sendiri tanpa menggunakan serbuk sup ataupun sup bunjut. Cari punya cari, terjumpa resepinya di sini. Terima kasih kepada penyumbang resepi ini. Tapi seperti biasa, ketika mencuba resepi ini, saya suka mengolah  mengikut gaya saya sendiri :). Tambah apa saja yang saya rasa nak tambah. Jom tengok cara² penyediaan sup ayam saya tu...

Bahan²nya :

▼ 1 ekor ayam (dipotong 12 ataupun potonglah berapa-berapa pun)
 1 batang kayu manis
 5 biji buah pelaga  
▼ 3 biji bunga lawang
 3 tangkai bunga cengkih
 2 helai daun bay
 2 batang serai (dititik)
 3@4 biji cili padi (belah jangan putus)

 7 ulas bawang merah
 3 ulas bawang putih
 3 biji buah keras
 Sedikit halia (saya tidak pandai kira inci-inci nih, main agak² je)
 1 sudu kecil jintan manis
 1 sudu kecil jintan putih
 1 sudu kecil lada hitam
 1 sudu kecil biji ketumbar

 4 biji kentang (dibelah 6)
 2 biji buah tomato (dibelah 4)
 Asam keping
 Minyak untuk menumis
 Air
 Gula dan garam secukup rasa

Cara² Membuatnya :

Sila kisar bawang merah, bawang putih, halia dan buah keras. Jintan manis, jintan putih, lada hitam dan ketumbar ditumbuk dengan lesung batu. Sebelum tu sila rendam bahan² tersebut dengan air panas seketika. Tujuannya supaya lembut masa nak tumbuk nanti.

Ok. Sekarang boleh panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan² seperti kayu manis, pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih. Lepas tu masukkan serai. Kacau-kacau dan masukkan pula bahan² kisar tadi. Tumis hingga naik bau...

Setelah itu, masukkan ayam dan gaullah sehingga rata. Agak² dah rata, masukkan pula air. Air tu agak²lah..kot kira tenggelam ayam tu, oklah. Masukkan kentang. Seterusnya masukkan daun bay dan asam keping.

Bila hampir menggelegak, masukkan pula cili padi. Taburkan gula dan garam secukup rasa. Bila kentang sudah empuk, jatuhkan buah tomato.. masak sekejap dan bolehlah ditutup api dapur tu.

Hidangkan sup ayam tu dengan menaburkan daun sup dan bawang goreng di atasnya...Wajib! Kalau ada daun bawang pun boleh ditaburkan juga. Hahaha..Inilah sup ayam nyumm nyummm saya...

Masa snap gambar ni, lupa pulak nak bubuh bawang goreng...huuuu


Sunday, 23 November 2014

Red Velvet

Hari ini, saya bukanlah mahu berkongsi resepi red velvet, sekadar ingin berkongsi gambar... Buat masa ini saya hanya pandai makan kek sahaja.. Tidaklah pandai membuat kek.

Isnin lepas, papa membawakan kek ini untuk saya ke pejabat. Hari ini sudah masuk hari Ahad.. Maknanya memang sudah habislah saya makan kek tu..hehehe.. Dah lama saya minta 'kakak' saya buatkan. Wah, sudah pandai meminta-minta ye??? Hihihi

Memang sedap, cuma...kalau cheesenya tebal sedikit lagilah sedap!!!





Wednesday, 5 November 2014

Sayur Terung Campur dan Ikan Cencaru Masak Lemak Kerisik

Inilah lauk yang saya masak pada Sabtu lepas untuk makan tengahari. Agak kelam-kabut juga kerana ingin mengejar masa balik ke Ipoh bersama encik suami, untuk melawat mak mertua yang semakin uzur... Masa tu juga, mak saya sendiri sudah 2 hari demam akibat sakit gigi. Semoga mak dan mak mertua saya cepat sembuh ye!!!

Pagi semalam, mak sudah pun ke klinik gigi untuk mencabut gigi. Itu sajalah ubatnya!

Sayur Terung Campur
Bahan²nya

♠ 2 biji terung panjang 
♠ 1 biji carrot 
♠ Sedikit brokoli 
♠ 1 keping fish cake 
♠ 1 biji cili merah 
♠ 2 biji bawang merah/1 biji bawang besar yg sederhana besarnya 
♠ 1 ulas bawang putih (kalau kecik, bubuh 2) 
♠ Sedikit air, garam dan gula secukup rasa (saya tidak menggunakan serbuk perasa kerana ia 
♠ Minyak untuk menumis dan sedikit minyak zaiton 

Cara² Membuatnya

Potong terung, carrot dan brokoli mengikut citarasa. Sila hiris fish cake, cili merah, bawang merah/besar dan juga bawang putih. Ketepikan.

Panaskan minyak untuk menggoreng terung tadi. Campurkan 2 sudu besar minyak zaiton ke dalam minyak berkenaan. Sila goreng sehingga agak kekuningan. Angkat dan ketepikan. Seterusnya sila tumis cili merah, fish cake dan bawang-bawang tadi bersama-sama. Bila naik bau dan agak kekuningan, masukkan carrot. Masak sebentar. Jika kering sila masukkan sedikit air. Kemudian bila ia hampir separuh masak, jatuhkan pula brokoli (jangan jatuhkan atas lantai sudah! Hahaha). Perasakan dengan gula dan garam. Sila kacau lagi. Akhir sekali jatuhkan terung² yang telah digoreng pada awal sesi tadi. Gaul rata, angkat ke dalam pinggan dan hidangkan.

Ikan Cencaru Masak Lemak Kerisik

Resepi asal saya perolehkan di sini. Tapi saya ubah ia agar menjadi style saya sendiri..heeee..

Bahan²nya

♠ 4 ekor ikan cencaru-sederhana besar (sila potong 2, gaulkan dengan garam dan kunyit)
♠ 6@7 biji bawang merah
♠ 3 ulas bawang putih
♠ Sedikit halia
♠ Kunyit hidup sebesar ibu jari
♠ 2 batang serai (hiris nipis)
♠ 3 sudu makan kerisik (kalau boleh, buat kerisik sendiri. Yang beli punya kadang² rasa perat dan
   maung baunya)
♠ 4@5 biji cili padi
♠ 4 biji buah keras
♠ 2 sudu teh biji ketumbar
♠ 1 sudu teh jintan manis
♠ 1 sudu teh jintan putih
♠ Sedikit serbuk lada hitam (kasar)
♠ 2@3 biji cili hijau (belah 2, jangan putus)
♠ Santan kotak (kecil)
♠ 2 keping asam gelugor (asam keping)
♠ Air secukupnya
♠ Garam dan gula secukup rasa
♠ Minyak untuk menumis


Cara² Membuatnya

Sila goreng ikan tadi separuh masak. Angkat dan ketepikan. Sementara itu, rendamkan biji ketumbar dan jintan² tadi untuk beberapa minit ke dalam cawan yang berisi sedikit air panas. Tujuannya ialah untuk melembutkan ia sebelum ditumbuk. Kemudian, toskan.

Sila tumbuk biji ketumbar, jintan manis dan putih, serai, cili padi, buah keras, bawang putih dan merah, halia dan juga kunyit bersama-sama. Ketepikan.

Panaskan minyak untuk menumis bahan² yang telah ditumbuk tadi. Sila tumis hingga naik bau dan agak garing. Setelah itu, masukkan santan kotak tadi, serta air secukupnya. Air sila agak-agak nak banyak mana dan pekat mana kuahnya. Sentiasa kacau kuah tersebut, kemudian masukkan kerisik, asam keping, gula dan garam. Seterusnya, masukkan cili hijau dan juga serbuk lada hitam. Kacau-kacaukan ia sehingga mendidih. Apabila kuahnya telah mendidih, masukkan ikan cencaru yang telah digoreng tadi. Setelah mesra, bolehlah ditutupkan apinya....

Tuesday, 28 October 2014

Makaroni Bakar

Masa tu teringin buat makaroni bakar. Sebelum ni tak pernah lansung cuba masakan ni. Google punya google, rasa²nya berkenan pulak nak cuba resepi kat blog Nonierahman.

Di atas adalah hasil makaroni bakar yang telah saya buat, tetapi setelah saya buangkan sedikit kuah putihnya dan bakar semula di dalam oven. Bagi saya, kuah putihnya kena kurangkan daripada 1 cawan kepada setengah cawan..

Friday, 10 October 2014

Sambal Ikan Bilis Tempoyak Style Makcik Saya


Saya memang terliur sungguh dengan sambal ikan bilis tempoyak ni. Resepi asal saya peroleh daripada makcik saya  sendiri. Makan satu lauk ni je dengan nasi putih panas² dah cukup! Kalau ada ikan goreng lagi cantikkk!!!!


Mari saya kongsikan resepi sambal ikan bilis tempoyak di atas.

Bahan²nya

♠ 100 gram ikan bilis (sila pipir ikan bilis-buang taik (perut) dan kepalanya)
♠ 1/2 genggam cili padi 
♠ 3 @ 4 ulas bawang merah 
♠ 2 batang serai (dititik) 
♠ 1 helai daun kunyit (simpulkan) 
♠ Sedikit kunyit hidup (untuk naikkan warna, agar sambal kita tak macam muntah kucing
   rupanya..hehe) 
♠ 2 @ 3 senduk tempoyak (lagi banyak lagi bagus-agak²lah ok?) 
♠ 2 papan petai (sebiji petai dibelah 3, sekali dengan kulitnya) 
♠ Garam dan gula secukup rasa 
♠ Air

Cara² Membuatnya


Tumbuk bawang merah, kunyit hidup dan cili padi bersama. Masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi ke dalam periuk. Masukkan juga serai, daun kunyit, tempoyak dan ikan bilis bersama-sama. Air jangan lupa. Agak² ye..jangan terlalu sedikit dan jangan pulak terlalu banyak.  Seterusnya sila jerangkan periuk tadi atas api di dapur yang sederhana besarnya. Kacau²kan ia, kemudian masukkan petai. Masak sehingga mendidih (lama sikit pun takpe). Akhir sekali, jatuhkan garam dan gula (secukup rasa).


Thursday, 2 October 2014

Udang Goreng Butter


Mari cuci mata. Lihat gambar di atas.

Berikut adalah Udang Goreng Butter yang saya pernah masak tapi tidak berapa menjadi sarang telurnya. Kasar² dan tidak halus! Huh!! Oh, tidak mengapa....cubaan pertama. Heheee..

Wednesday, 1 October 2014

Cucur Kelapa Jagung Style YuYun


ABC cekodok basi... bangun pagi tak gosok gigi!!!!

Hooohoooo... ingat tak lagu pendek ni? Lagu tema seharian semasa kita bermain-main di zaman kanak² dahulu,. Siapalah agaknya yang telah mencipta lagu tersebut, kan? 

Baiklah. Gambar di atas adalah Cekodok Kelapa Jagung yang saya buat beberapa bulan yang lepas..(nampak sangat aku ni jarang memasak!!! ekekeke..) Bukanlah cekodok basi seperti yang digambarkan di dalam nyanyian tersebut, okay? Hehehe.. 

Malas nak update blog sebenarnya.. Tunggu time mood cantik, barulah rajin nak tulis dalam blog ni..
Sebenarnya, bermacam-macam resepi cekodok Kelapa Jagung yang kita pernah jumpa, kan? Resepinya hampir sama je, kalau lain pun mungkin pada sukatan ataupun tambahan pada satu dua bahan² yang digunakan. Jom semak resepi cekodok saya ni... apa yang terkurang dan terlebih halalkanlah ye?

Bahan²nya 

♠ 2 cawan tepung gandum (kalau rajin sila ayak dahulu) 
♠ 1 cawan kelapa parut (ambil yang putih sahaja) 
♠ 1/2 cawan jagung dalam peket (kalau rajin silalah parut jagung tongkol) 
♠ 1 biji bawang besar (dihiris) 
♠ 1 biji telur ayam 
♠ 1/2 sudu kecil soda bikarbonat 
♠ Garam secukup rasa 
♠ Air secukupnya 

Cara² Membuatnya 

Satukan tepung, kelapa parut, jagung, bawang besar, telur, garam dan soda bikarbonat di dalam satu bekas. Bancuh adunan tersebut dengan air sedikit demi sedikit (saya guna air panas dan juga air masak biasa). Bancuhan jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat (agak²lah ye). Panaskan minyak dan setelah minyak panas, mulakan aktiviti menggoreng. Bentuk adunan tadi dengan jari-jemari anda agar hasilnya cantik...heheh

*Sedap dimakan bersama sos cili*

Tuesday, 30 September 2014

Biskut Raya 2014

Sudah sebulan lebih bulan Syawal meninggalkan kita semua. Kini, barulah saya berkesempatan nak postkan gambar biskut² raya yang telah saya buat. Dah lama saya tak buat biskut raya sendiri..tahun² sudah main tempah saja. Semangat nak buat biskut raya lain macam je bila dah ada oven baru! Heeeee..

Resepi biskut² ni kebanyakannya saya rujuk dalam majalah masakan emak saya.. Kira menjadi jugaklah kesemua biskut² ni...

Jom tengok gambar² biskut tu..

 Ini namanya biskut Cornflakes Crunchy Munchy. Resepi ini saya google daripada internet

Biskut Kepala Kelapa Permata. Rujuk daripada buku masakan emak. Saya suka biskut ni.

Okey..Ini merupakan biskut yang paling sedap bagi saya. Black Crispy nama diberi. Tahun depan wajib buat lagi ni!!!

Dalam banyak² biskut raya yang saya buat, ini merupakan biskut yang paling saya tidak minat!!! Ahaaa..tapi mak sukakannya, sebab ada rasa kopi. Nama biskut ni Biskut Kopi Badasila.

Biskut Cornflakes Klasik. Saya ambil resepinya daripada klip video Florence Tan di sini

Biskut Mazola. Biskut tradisi yang paling saya minat sejak dari kecik. Siapa tak suka, memang  dia melayu murtad! Haha... Papa juga sukakan biskut ni. Resepinya saya google di internet. Guna sukatan cawan je, macam sukatan yang arwah opah pernah buat dulu².

Haaaa....akhirnya dapat juga saya mencari resepi Biskut Lubnan ni, juga dari dalam buku masakan emak saya :) Memang best!!!

Saya telah mencatat rekod, buat biskut raya sampai 7 jenis...hahaaaa.... Sepanjang tempoh membuat kuih raya ni, saya dapat kesimpulan iaitu :

1) Ada² resepi yang kita tiru 100% jadi, ada juga yang tidak!

2) Kena pandai2 sendiri adun-mana terkurang kita tambah, mana rasa terlebih dikurangkan

3) Kena pandai bermain dengan suhu oven sendiri. Bila ikut betul suhu yang diberi, hangit jadinya!!!

4) Untuk kekalkan kerangupan biskut (agar tak cepat lemau) sila taburkan sedikit gula pasir ke dalam balang sebelum kita susun biskut² tu tadi-petua ni saya dapatkan di sini 

Monday, 22 September 2014

Puding Roti Bakar

Ramadhan lepas, teringin makan puding roti. Kebetulan mak baru je belikan oven untuk saya. :) Google punya google dapatlah satu resepi Puding Roti Bakar kat blog CEBIS. PENSEL. PATAH. Bahan-bahannya simple jadi, saya tak teragak-agak untuk mencubanya kali ini.


Bahan²nya

♠ saya buat 8-10 keping roti 
♠ 2 biji telur ayam
♠ Kismis (kuning)
♠ 1/2 cawan gula
♠ 1 sudu besar (mambung) mentega
♠ 1 sudu teh esen vanilla
♠ saya guna 250 ml susu segar LH (low fat)
♠ 1 sudu besar susu pekat


Cara² Membuatnya 

Potong roti tersebut kepada 4 bahagian dan susunkan ia ke dalam loyang. Sila taburkan kismis. Kemudian cairkan mentega tadi dan tuangkan di atas kepingan roti tadi, Ketepikan. Sementara itu, gaulkan telur ayam bersama gula dan esen vanilla. Seterusnya masukkan susu segar dan susu pekat, gaul sehingga sebati. Apabila sebati, tuangkan terus adunan itu ke dalam loyang tadi. Biarkan sebentar. Panaskan oven dan bakar ia sehingga masak. (Suhu agak² ikut jenis model masing²)


Wednesday, 2 July 2014

Goreng Tongkeng Ayam Style YuYun

Salam Ramadhan.. Hari ini masuk hari ke-4.

Saya nak kongsi resepi ini. Saya tak tau nak kasi nama apa untuk masakan saya ni. Mereka-reka di dapur maka terhasillah ia. Saya suka akan Tongkeng Ayam Berlada (tumis bercili). Oleh kerana masalah kesihatan, saya berpuasa buat sementara waktu dari makan benda yang pedas². Huh! Amat menyakitkan tau! Makan itu tak boleh, ini tak boleh. Baru² ni saya kena gout! Tak terlintas lansung kat kepala ni saya akan kena penyakit tu. Mungkin uric asid dalam badan saya terlalu banyak? Lagilah kena banyak pantang makan. Bertambah-tambahlah tension saya..huuuuuu

Orang cakap penyakit datang daripada pemakanan. Memang tidak dapat dinafikan. Tongkeng ayam ni kalau nak diikutkan banyak lemak tau? Errkk...tapi makan sekali-sekala takpa kot kan? haha...saya memang payah nak berpantang! Pantang jumpa!!!

Ok.. jangan buang masa lagi. Jom semak resepi goreng tongkeng ayam ciptaan saya... 

Bahan²nya

 2 paket tongkeng ayam (sila rendam dengan tepung gandum sebelum dicuci bersih²)
 Serbuk kunyit dan garam untuk menggoreng
 2 ulas bawang putih (dihiris)
 3 ulas bawang merah (dihiris)
 1 biji bawang besar (dihiris)
 1 biji cili merah (dihiris)
 1 biji cili hijau (dihiris)
 Sedikit  halia (dimayang halus)
 5 biji buah pelaga
 2 batang serai (dititik)
 3 helai daun limau purut
 1 keping asam gelugor
 1 sudu besar rempah beriyani
 Sedikit madu
 Garam secukup rasa


Cara² Membuatnya

Tongkeng ayam yang telah dibersihkan tadi ditos lalu digaulkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Goreng sampai masak. Ketepikan. 

Seterusnya, tumis hirisian bawang putih, bawang merah, cili merah & hijau, halia, buah pelaga, serai dan daun limau purut sehingga naik bau. Kemudian, masukkan rempah beriyani, hirisan bawang besar, asam gelugor (asam keping), madu dan perasakan dengan garam. Akhir sekali, masukkan balik tongkeng ayam yang telah digoreng awal tadi. Gaul mesra, angkat dan hidangkan.

P/s : Papa cakap sedap, tapi saya rasa biasa saja~mungkin saya lebih terliur dengan masakan yang pedas!

Sandwich Telur Style YuYun

Sandwich Telur ini sangat mudah. Budak² sekolah rendah pun boleh buat, apatah lagi kita yang dah jadi mak budak...hoho... (Saya secara rasminya belum lagi menjadi mak budak! Fikir² memang sedih apabila Tuhan belum mengizinkan saya untuk bergelar ibu lagi. Saya kena redha.)

Ok. Tak mau cerita panjang. Mari kita buat sandwich telur sekarang.

Bahan²nya

♠ Sebuku roti (yang besar)
♠ 5 biji telur ayam
♠ Daun Salad-potong kecil²
♠ Mayonis
♠ Thousand Island
♠ Garam
♠ Serbuk Lada Sulah
♠ Serbuk Lada Hitam


Cara² Membuatnya

Rebus telur ayam sehingga masak. Apabila telur tersebut telah masak, sila kupas telur tersebut dan lenyek²kan ia seperti gambar di bawah. Campurkan telur tersebut dengan mayonis dan thousand island, lalu gaullah ia sehingga sebati. Masukkan juga sedikit garam, serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam. Banyak mana silalah agak² ye!
Untuk roti pula, mula² sila buang tepi kulit roti tersebut. Kemudian, roti tersebut dipotong dua.
Sekarang, bolehlah anda bubuh telur tadi dan kapitkan dengan roti. Jangan lupa taruk daun salad yang telah dipotong² tadi. Nak sedap lagi, boleh taruk sos cili masa nak makan tu.

Siappppppppppppp!!!! Mari makan!!!!

Monday, 23 June 2014

Riang Ria Raya bersama Nestle® Corn Flakes

Mari lihat telatah Chef Ismail dan Florence Tan memasak biskut raya... :) Rakaman videonya pun sangat cantik!

Riang Ria Raya bersama Nestle® Corn Flakes 1: Biskut Klasik


Riang Ria Raya bersama Nestle® Corn Flakes 2: Lipatan Kasih Kurma


Riang Ria Raya bersama Nestle® Corn Flakes 3: Bebola Mentega Kacang